LIGA SUPER MSIA

Liga Super Jom Ngejoss: Sabah mungkin terpaksa lupakan khidmat Machado, Saddil

11/05/2024 | 07:28 MYT
Sabah mungkin terpaksa melupakan khidmat Ramon Machado dan Saddil Ramdani menjelang sepak mula Liga Super 2024 /25 menentang Penang di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Ahad.
Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, kedua-dua tonggak The Rhinos masih belum pulih sepenuhnya kecederaan selepas aksi pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024 baru-baru ini.
Biarpun begitu kata Kim Swee, pihaknya masih mempunyai masa 48 jam untuk melihat secara keseluruhan tahap kecergasan kedua-dua tonggak berprofil tinggi itu sebelum membuat keputusan dapat diturunkan atau sebaliknya.
“Kita tidak akan mengambil risiko berikutan perjalanan Liga Super baru bermula dan dalam masa sama Sabah sedang mencorak taktikal lain untuk mengisi kekosongan sekiranya kedua-dua mereka tidak dapat diturunkan petang esok.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“S Kumaahran juga berada dalam senarai kecederaan manakala Damien Lim sudah pasti terkeluar tidak dapat beraksi kemungkinan enam hingga ke lapan minggu.
“Kita akan lihat perkembangannya, Damien Lim memerlukan masa mendapatkan semula tahap kecergasannya,” katanya.
Mengenai persiapan menentang Penang, Kim Swee mengakui skuad Harimau Kumbang itu bukan lawan mudah memandangkan pasukan pelawat mempunyai jurulatih baharu serta beberapa pemain berkualiti.
“Penang juga bersiap sedia dengan banyak menghadapi perlawanan persahabatan pramusim termasuk tiba dua hari lebih awal ke Kota Kinabalu.
“Ini menunjukkan Penang sangat serius dalam menghadapi saingan musim 2024/25. Sabah juga sudah bersiap sedia sepenuhnya dalam mengharungi kempen Liga Super ini selepas menjadi juara dalam Piala SMJ lalu,” ujar Kim Swee.-Sinar
#bola sepak #Liga Super Malaysia #DemiLigaKita
;