Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Joao Pedro senjata baru Ong Kim Swee

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joa-perdro.jpg

Kehadiran pemain import terbaharu Sabah FC, Joao Pedro Boiera Duarte mampu menyelesaikan ketumpulan jentera bahagian serangan The Rhinos dalam mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Malah pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berharap pemain tersebut dapat memberikan sumbangan serta impak segera selepas Ramon Machado meninggalkan Likas bulan lalu.
 

Advertisement

Biarpun begitu jelas Kim Swee, penyokong-penyokong Rhinos tidak seharusnya menyamakan kualiti permainan antara Ramon serta Joao Pedro berikutan mereka merupakan striker yang berbeza.

“Harapan saya sudah tentu untuk melihat Joao Pedro beraksi cemerlang serta memastikan kita mempunyai pengganti sama seperti Ramon untuk membantu jentera serangan.
 



 

 

“Isu penyudah tumpul yang sebelum ini menggagalkan usaha Sabah FC untuk mendapatkan keputusan yang bermakna dalam saingan Liga Super diharap selesai dengan kedatangan João,” katanya.

Sementara itu, Kim Swee berterima kasih kepada pihak pengurusan terutama kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA), Datuk Ir. Shahelmey Yahya memberikan persetujuan untuk mencari pengganti Ramon.

“Ini termasuk juga kepada pengurus pasukan Sabah FC, Rafie Robert dan engurus Sabah FC II, Datuk Abdul Kassim Razali yang banyak membantu untuk mendapatkan khidmat pemain import terbaharu ini.

“Kita akan pastikan Joao Pedro dapat menyesuaikan diri dengan cara taktikal Sabah memandangkan tempoh liga berehat ketika ini hanya akan disambung pada 15 September depan,” ujar Kim Swee.
 

Tambah Kim Swee, dia telahpun mencadangkan kepada pengurusan kelab untuk mendapatkan perlawanan persahabatan di luar sebelum perlawanan menentang Terengganu FC.

“Perlawanan persahabatan ini penting untuk kita mendapatkan momentum semula selepas panjang berehat serta mendapatkan match fitness bagi semua pemain yang terlibat.
 

“Ketika ini beberapa pemain terpaksa berehat lebih lama termasuk Gabriel Peres dan Saddil Ramdani kerana masih berada dalam senarai kecederaan,” kata Kim Swee.

Beliau juga akan mengadakan perbincangan bersama pasukan perubatan untuk memastikan pemain-pemain ini dapat beraksi semula segera.

“Kita masih mempunyai empat minggu lagi untuk memastikan sama ada Saddil dan Gabriel kemungkinan besar boleh ataupun tidak terpulang kepada keadaan mereka nanti,” ujarnya. - Sinar Harian
 

INFO

Nama: Joao Pedro Boeira Duarte

Umur: 24 tahun

Tinggi: 185 sentimeter

Asal: Brazil

Posisi: Penyerang

Kelab terakhir: Viettel FC (Vietnam)

Penampilan: 12

Gol: 2

Kontrak: 15 Ogos hingga 30 April tahun

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video