Kapten Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee, optimis dengan peluang pasukannya untuk merebut tiga mata apabila bertemu Imigresen dalam perlawanan keempat Liga Super di Stadium Negeri, Pulau Pinang petang esok.
Pemain yang mesra disapa Jimmy itu menegaskan pasukannya kini berada di landasan tepat untuk mencipta kejayaan tetapi segala kekurangan yang ditunjukkan dalam perlawanan sebelum ini perlu diambil berat, memandangkan pertemuan kali ini dijangka sengit.
Skuad Jang itu kini berada di tangga ketujuh liga dengan satu kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan setakat tiga perlawanan pertama.
"Tidak kira siapa sahaja yang bermain nanti, saya berharap dapat memberikan yang terbaik untuk kami mendapatkan kemenangan di tempat lawan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Kerana beraksi laman lawan sudah pasti boleh dikatakan sengit, jadi saya harap semua rakan sepasukan dapat memberikan yang terbaik.
"Kami semua sebagai pemain perlu memperbaiki segala kesilapan untuk perlawanan ini."