Pertahanan tengah, Khuzaimi Piee, tidak terbeban dengan tugasan selaku kapten Negeri Sembilan menjelang saingan Liga Super 2025 bermula minggu depan.
Pemain berusia 31 tahun itu menegaskan ramai watak 'abang besar' dalam skuad Jang itu musim ini, bukan hanya dalam kalangan pemain, malah dalam barisan kejurulatihan juga.
Kembali ke pangkuan Negeri Sembilan dengan kekuatan yang lebih baik, pemain yang mesra disapa Jimmy itu mahu ubah wajah Negeri Sembilan kepada sebuah pasukan yang mampu bersaing di kelompok elit liga.
"Bukan hanya saya seorang pemimpin dalam pasukan ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Kami memiliki beberapa pemain senior lain seperti Hadin (Azman) dan ramai lagi.
"Bagi saya, prinsipnya ialah semua kami adalah pemimpin, bukan saya seorang, jadi ia melibatkan semua pemain.
"Jika semua pemain dapat bekerjasama dan bersatu hati, ia akan membuatkan pasukan lebih kuat untuk kami mengharungi musim yang akan tiba ini."