LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Jimmy Raymond muncul hero Kuching City benam Selangor
Kuching City meraih tiga mata untuk berada dalam kelompok tiga terbaik kempen Liga Super 2024/25 selepas menewaskan Selangor 2-1 di Stadium Negeri, sebentar tadi.
Selangor mendominasi awal permainan separuh masa pertama dengan agresif mengasak kubu pertahanan pasukan tuan rumah.
Namun, Kuching City terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Ramadhan Saifullah dalam situasi huru-hara di hadapan gawang sekali gus memerangkap benteng pertahanan The Red Giants pada minit ke-26, dengan keputusan 1-0 itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Masuk babak kedua, percaturan Katsuhito Kinoshi membawa masuk muka baru membuahkan hasil apabila Mukhairi Ajmal menjaringkan gol penyamaan buat Selangor untuk kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Selangor berpeluang menggandakan jaringan pada minit ke-74, namun Mukhairi yang berada dalam kedudukan ofsaid menafikan jaringan kedua itu.
Begitupun, Jimmy Raymond muncul hero Kuching City apabila rembatannya menghukum Selangor untuk anak buah Aidil Sharin sekali lagi mandahului hingga wisel penamat.
Kemenangan itu menyaksikan Kuching mendaki untuk berada dalam kelompok tiga terbaik saingan liga dengan 36 mata daripada 22 perlawanan.
Kemaskini Keputusan lain:
Penang 0 Johor Darul Ta'zim 3