Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: JDT tidak pamer aksi sebenar -- Esteban Solari

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

estaben.jpg
Pengendali Johor Darul Tazim (JDT), Esteban Solari mengakui pasukan tersebut tidak beraksi pada tahap sebenar apabila sekadar meraih satu mata setelah terikat 3-3 ketika bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC pada saingan ke-21 Liga Super 2023.

Menurutnya, kegagalan meraih tiga mata di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu juga memberikan satu amaran kepada JDT agar bekerja keras terutama dalam persiapan menghadapi kejohanan AFC Champions League (ACL) bulan hadapan.

“Kami tidak bermain seperti yang sepatutnya. Kami menanggung padah pada separuh masa pertama dan separuh masa kedua pemain mula pamer karakter sebenar untuk bangkit daripada ketinggalan 2-0.

"Perlawanan ini sukar apabila menentang pasukan seperti Kedah di tempat mereka.

"Perlawanan ini juga buat kita lebih rendah diri dan perlu bekerja dengan lebih keras lagi bagi mempersiapkan pasukan menjelang ACL," katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.

Kegagalan meraih tiga mata di Alor Setar menyaksikan hasrat JDT untuk dinobatkan sebagai juara Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut lebih awal tertangguh dan perlu menunggu pada perlawanan seterusnya.

Bagaimanapun, Solari tetap yakin bahawa kejayaan untuk diumumkan sebagai Juara Liga Super 2023 bakal menyusul dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai perkembangan dua tonggaknya, Fernando Forestieri dan Leandro Velazquez pula yang masih tidak dapat diturunkan, dia berkata, keadaan kedua-dua pemain itu masih lagi dipantau pasukan perubatan pasukan.

“Forestieri masih memerlukan tempoh 15 hari lagi untuk pulih jadi kita akan lihat sama ada dia akan cergas sepenuhnya untuk ACL atau pun tidak.

"Bagi Leandro pula, dia masih memerlukan tempoh untuk pulih dan mengambil masa yang lama. Saya rasa dia memerlukan beberapa bulan untuk pulih sepenuhnya," ujarnya.


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video