Liga Super: JDT pasukan yang bagus, saya mahu jaringkan gol -- Milos Gordic
Saufi Tahir
Ogos 9, 2024 19:16 MYT
Ogos 9, 2024 19:16 MYT
Kehadiran Milos Gordic ke dalam pasukan sememangnya akan menjadi peledak baru selepas pemergian Ifedayo Olusegun.
Namun, tidak seperti yang dirancang, Gordic memerlukan masa untuk mengadaptasi corak permainan di Liga Super berbanding saingan Liga divisyen dua China sebelum ini.
Menyedari tekanan semakin memuncak, penyerang berusia 31 tahun itu akan mengerahkan kudratnya dan keringat untuk memburu kejayaan peribadi sekali gus meledak dalam saingan Liga Malaysia.
Kombinasi menarik dari JDT & Kedah DA yang pastinya menjanjikan jalan cerita tersendiri di SSI.Ayuh Lesgooo ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️@ASTROARENA pic.twitter.com/ZFM3b3nWb2
— karlnunis (@_karlnunis) August 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia menyuarakan janji memandangkan senario seperti ini sudah dilaluinya dan atas faktor itu, Gordic percaya dengan percaturan taktikal Nafuzi Zain, dimana dirinya mampu menghadirkan ancaman fizikal terhadap benteng terakhir Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Berdepan JDT amat sukar kerana mereka pasukan yang baik dan sentiasa memberikan tekanan.
"Tetapi kita mempunyai peluang untuk meraih kemenangan. Jordi Amad bermain di England, Sepanyol dan merupakan pemain yang bagus serta beberapa pemain lagi.
"Saya mahu menjaringkan gol, saya penyerang dan saya perlu jaringkan gol. Saya mahu berada lama di Malaysia beberapa tahun lagi, tapi jika tidak menjaringkan gol ia sukar. Sama seperti ketika saya beraksi buat kelab di China." Katanya kepada Nadi Arena.