Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: JDT bantai Sabah di Stadium Sultan Ibrahim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bergson.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah menumbangkan Sabah 4-0 dalam saingan minggu ke-18 Liga Super 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dengan beberapa peluang yang dicipta anak buah Hector Bidoglio berjaya disekat benteng pertahanan The Rhinos.

Begitupun, 10 minit selepas bermulanya babak kedua, jaringan Harimau Selatan hadir menerusi Juan Muniz yang menyempurnakan sepakan percuma daripada luar kotak penalti dengan menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk mendahului 1-0.






Ketika Sabah cuba mencari jaringan penyamaan, Juan Muniz sekali lagi mencipta sensasi dengan jaringan kedua menerusi sepakan kencang yang menerjah jaring untuk meletakkan pasukan tuan rumah selesa mendahului 2-0 pada minit ke-69.

Tidak terhenti di situ, JDT dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena yang ditanduk Park Taesu terkena tangannya ketika cuba mengeluarkan bola daripada situasi huru-hara dalam kotak penalti.

Malah, Bergson Da Silva menyudahkan sepakan penalti untuk meletakkan JDT mendahului 3-0.

Bergson sekali membuktikan ketajamannya di hadapan gawang dengan jaringan kedua peribadinya di SSI malam ini selepas mudah menewaskan benteng pasukan Sabah untuk memacu JDT meneruskan cengkaman di puncak liga dengan kemenangan 4-0.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video