LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Jalil Elias sah bergelar pemain Harimau Selatan
Setelah diwar-warkan sebelum ini, kini sudah sah bahawa Jalil Elias akan menjadi watak penting baharu buat Johor Darul Ta'zim.
Ini susulan pengumuman yang dilakukan laman media sosial JDT yang mengesahkan pemain berdarah Argentina dan Syria itu akan menyarung jersi Harimau Selatan untuk musim 2024 nanti.
Welcome to the Home of the Southern Tigers! ?❤️#JalilElias#NewSigning#JDTFamily#WhatCanYouDo#TheTMJEffect pic.twitter.com/SRWlFoFZaZ— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 3, 2024
Iklan
Jalil Elias sebelum ini bermain dengan pasukan Liga Premier Argentina Division 1, San Lorenzo yang bersaing bersama-sama kelab gergasi Amerika Latin, River Plate dan Boca Juniors.
Adakah Jalil mampu bawa Harimau Selatan pergi lebih jauh dalam saingan Asia musim hadapan?
Must-Watch Video