Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Izham Tarmizi tetap bersemangat walau terima jahitan di kepala

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izham-tarmizi.jpg
Penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan, tekad bangkit sebaik pulih daripada kecederaan kepala setelah bertembung dengan pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super di Paroi semalam.

Pemain berusia 32 tahun itu memaklumkan mengenai keazamannya itu dalam laman sosial Sri Pahang FC hari ini.

Izham tampil menerusi video yang dimuat naik di Facebook dan Twitter dengan keadaan kepalanya yang berbalut sambil memberitahu menerima beberapa jahitan.

"Alhamdulillah keadaan saya sihat dan baik. Ada sedikit jahitan tetapi tidak ada masalah.

"Saya akan bangkit dalam perlawanan akan datang dan terima kasih kepada peminat kawan yang mendoakan saya," katanya.

Suami kepada selebriti, Mia Ahmad, itu mengalami kecederaan di kepala selepas bertembung dengan pemain lawan, Hasbullah Abu Bakar, sehingga menyebabkan dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Insiden itu berlaku pada minit-minit akhir babak pertama aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman berkenaan.

Dalam aksi tersebut, tuan rumah terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Casagrande pada minit ke-21 sebelum Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol penyamaan buat Tok Gajah pada minit ke-48.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video