Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: 'Inilah bola sepak Malaysia, ada pasang surut'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yusri.jpg
Jurulatih Perak, Yusri Che Lah, menjelaskan kehadiran pasukannya ke Stadium Cheras bukan sekadar untuk melengkapkan tiga perlawanan terakhir tetapi untuk membawa pulang mata.

Jurulatih berusia 48 tahun itu meletakkan sasaran buat pasukannya menamatkan kempen Liga Super 2024/25 untuk sekurang-kurangnya berada di dalam kelompok pertengahan liga.

Skuad kendaliannya itu kini berada di tangga ketujuh liga dengan 24 mata daripada 21 perlawanan, dengan pasukannya akan berdepan Kuala Lumpur City petang esok.

"Bagi saya apa yang berlaku inilah bola sepak Malaysia, yang saban tahun ada pasang surut. Daripada segi motivasi pemain dan staf, kami sebenarnya teruskan perjuangan walau dalam apa keadaan sekali pun. Kita harus perlu lihat pada masa depan dan bukannya dalam kontek tiga aksi terakhir sahaja.

"Setiap perjuangan itu perlu diperolehi dengan keinginan pemain sendiri untuk beraksi lebih baik. Kerana tiga perlawanan ini amat penting buat meletakkan pasukan kami dalam landasan tepat sekurang-kurangnya di pertengahan liga.

"Kami hadir untuk mendapatkan mata dan bukan sekadar melengkap sisa perjuangan dalam baki tiga perlawanan," katanya.

Ketika ditanyakan mengenai kekurangan perlawanan kompetitif dalam masa 30 hari buat kem Perak, dia mengatakan: "Kegusaran saya terletak pada intensiti permainan, adakah masih lagi sama mahupun terencat persembahan mereka akibat 30 hari itu.

"Semalam kehilangan seorang pemain import dalam sesi latihan, kami harapkan setiap ujian ini pemain dapat berikan aksi lebih bertenaga." tambahnya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video