Meskipun mendahului 2-0, namun ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, tidak ralat anak buahnya gagal membawa pulang tiga mata penuh selepas diikat 2-2 pada minit akhir oleh Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.
Perlawanan minggu keempat Liga Super itu menyaksikan Hobin Jang Hobin sekali lagi melakar kebangkitan sensasi di tempat sendiri untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Jelas Aidil, dia berpuas hati dengan keputusan tersebut termasuk prestasi anak buahnya yang nyata memberi kesusahan buat skuad kendalian Nidzam Jamil.
"Saya rasa Negeri Sembilan yang rugi kerana mereka bermain di tempat sendiri.
"Mereka sepatutnya mengutip mata maksimum, tetapi kami tetap dapat satu mata meskipun bermain di tempat lawan.
"Ini adalah perkara positif buat kami.
"Secara keseluruhan, separuh masa pertama kami memiliki banyak peluang dan bermain tahap bola sepak yang baik.
"Apabila mereka (Negeri Sembilan) merapatkan jurang 1-2, Jordan Mintah hampir memberikan jaringan kemenangan buat kami, tetapi inilah bola sepak," katanya di Nadi Weekend.
Dengan 24,478 penyokong yang hadir, Aidil Sharin juga gembira melihat kedua-dua pasukan menyajikan corak permainan yang bertenaga dan meninggalkan satu petanda terbaik industri bola sepak negara.
"Perkara paling penting ialah aksi sangat mendebarkan dan menjadi keterujaan buat peminat.
"Ini penting dan menarik kita nak tengok dalam bola sepak malaysia," tambahnya.