Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Ini masalah besar -- jurulatih Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

katsuhito-kinoshi.jpg
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, menyifatkan kerapuhan jentera pertahanan pasukannya pada penghujung perlawanan merupakan satu masalah besar yang perlu diatasi.

Gergasi Merah dibolosi dua gol dalam 10 minit terakhir ketika tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Paroi hujung minggu lalu.

Ketika menewaskan Terengganu di Petaling Jaya malam tadi, Selangor mendahului 4-0 tetapi kemudian dibolosi dua gol dalam babak kedua sebelum mengesahkan kemenangan 5-2.

Kinoshi menyedari kerapuhan benteng pertahanannya menjadi masalah utama yang perlu diatasi pasukan gergasi Lembah Klang itu.

"Ini masalah besar, mungkin mereka (pemain) fikir mendahului 4-0 sudah memadai," katanya selepas perlawanan itu.

"Ia seperti yang anda katakan, jadi kami masih memiliki ruang besar untuk diperbaiki bagi meningkatkan pasukan."

 
Redoxon

Perlindungan Setiap Hari

Seperti pasukan di padang, badan anda juga perlukan pertahanan kukuh. Redoxon bantu tingkatkan imuniti harian anda.


Dapatkan Redoxon

Advertisement

Must Watch Video