Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Ini adalah Penang! -- Wan Rohaimi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-rohaimi.jpg
Ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, memanjatkan rasa syukur selepas pasukan bimbingannya itu meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Bandaraya sebentar tadi.

Penang menempuhi empat kekalahan dan satu keputusan seri dalam lima perlawanan terdahulu tetapi mempamerkan aksi luar biasa untuk memberikan Negeri Sembilan kekalahan kedua.

Jaringan berganda Tchetche Kipre, masing-masing pada minit ke-13 dan 49, sudah cukup untuk memastikan kemenangan pertama Harimau Kumbang meskipun Faith Friday Obilor terjaring gol ke gawang sendiri pada penghujung perlawanan.

Wan Rohaimi, dalam satu temu bual selepas perlawanan itu, berkata: "Syukur Alhamdulillah, pujian harus diberikan kepada semua dalam kem Penang yang telah membuktikan bahawa Penang bukan seteruk yang disangka.

"Kami boleh buat, cuma kami perlukan sedikit masa untuk mendapatkan tiga mata seperti hari ini.

"Saya harap kemenangan hari ini dapat diteruskan dalam perlawanan seterusnya."

Mengulas lanjut, pengendali berusia 49 yahun itu menambah: "Kami bermain baik, disiplin taktikal yang dipamerkan adalah seperti yang dirancang.

"Penyudah juga sedikit tajam hari ini, walaupun terdapat banyak jaringan dibatalkan kerana ofsaid.

"Dah hasilnya, kita dapat lihat peminat gembira, pihak pengurusan gembira, semua gembira dan ini adalah Penang!"

 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video