Liga Super: Info siaran langsung & live streaming Perak lawan JDT

Muzaffar Musa
Oktober 5, 2024 08:08 MYT
Perlawanan Liga Super di antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT), yang tertunda ekoran cuaca buruk pada 17 Ogos lalu, akan kembali dimainkan di Stadium Perak, Ipoh malam ini.
Perlawanan itu sebelum ini hanya dapat berlangsung kurang daripada tiga minit sebelum komisar perlawanan memilih untuk menghentikannya ekoran hujan lebat dan berpetir.
Perlawanan itu akan bersambung pada jam 8.15 malam ini dan anda boleh menyaksikannya secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan prarancanngan pada jam 7.30 malam.
Anda juga boleh menyaksikannya secara live streaming di Astro GO.
#bola sepak #JDT #Liga Super Malaysia #Johor Darul Ta'zim FC #Perak FC #Info Siaran Langsung