LIGA SUPER MSIA

Liga Super: Info siaran langsung (live streaming) Negeri Sembilan vs Terengganu

Muzaffar Musa 08/02/2025 | 23:13 MYT
Negeri Sembilan akan melayani kunjungan Terengganu bagi aksi Liga Super di Paroi malam ini.
Selepas mengharungi 17 perlawanan musim ini, skuad Jang itu kini terperosok di tangga kedua tercorot dengan hanya sembilan mata hasil dua kemenangan dan tiga keputusan seri.
Terengganu, dalam pada itu, sedang berada di tangga keempat dengan 24 mata meskipun baru melalui 16 perlawanan.
Mampukah Negeri Sembilan mencipta kejutan ke atas Terengganu di laman sendiri?
Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena Bola 2 saluran 804 bermula jam 8.50 malam ini.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Terengganu FC #Negeri Sembilan FC
;