LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Info siaran langsung (Live streaming) Kelantan Darul Naim vs Penang
Pasukan di tangga tercorot, Kelantan Darul Naim (KDN), akan meneruskan saingan Liga Super dengan melayani tandangan pasukan di tangga ke-11, Penang, di Kota Bharu malam esok.
Selepas 18 perlawanan musim ini, KDN hanya dapat mencatatkan dua kemenangan dan satu keputusan seri untuk menduduki tangga terbawah dengan tujuh mata.
Penang, dalam pada itu, mencatatkan tiga kemenangan tujuh keputusan seri untuk menghimpunkan 16 mata setakat ini.
Mampukah KDN menamatkan penantian kemenangan yang kali terakhir dilakukan mereka ketika menewaskan Negeri Sembilan di Paroi pada 27 September lalu?
Saksikan perlawanan menarik ini hanya di Astro Arena Bola saluran 803 bermula jam 8.50 malam esok.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.
#bola sepak
#Liga Super Malaysia
#Penang FC
#Info Siaran Langsung
#Kelantan Darul naim FC
#Live Streaming