Imigresen dan Sabah masih menantikan kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila terikat 2-2 dalam perlawanan di Stadium Negeri, Pulau Pinang Sebentar tadi.
Tuan rumah bimbingan Yusri Che Lah kelihatan berada di landasan terbaik untuk menamatkan penantian kemenangan selepas buntu dalam enam percubaan sebelum ini apabila Joao Pedro membuka jaringan pada minit ke-27 untuk mereka berada di depan sehingga ke bilik persalinan.
Bagaimanapun, Sabah mempamerkan aksi lebih kemas dalam babak kedua untuk menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit, bermula dengan ledakan Stuart Wilkin pada minit ke-50, dan disusuli penyudah licik Miguel Cifuentes tidak lama selepas itu.
Ternyata kekalahan bukanlah pilihan buat Imigresen dalam aksi kali ini apabila Eduardo Sosa melepaskan rembatan lencong dari luar kotak penalti untuk mengikat kedudukan pada minit ke-78.
Sabah berpeluang untuk berada di depan menuju ke penghujung saingan tetapi jaringan Ajdin Mujagic dibatalkan video bantuan pengadil (VAR) gara-gara kekasaran yang dilakukannya.
Dengan keputusan itu, Sabah menduduki tangga ke-10 liga dengan empat mata manakala Imigresen pula kekal di tangga tercorot dengan tiga mata selepas tujuh perlawanan.
Gear Up Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang