Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Imigresen buru tiga mata pertama jumpa Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yusri-che-lah-imigresen.jpg
Imigresen komited dalam pemburuan tiga mata pertama musim ini menjelang pertemuan Liga Super menentang Selangor di Stadium Negeri, Pulau Pinang petang esok.

Ketua jurulatih, Yusri Che Lah, menyedari kemampuan dan kualiti pemain dimiliki Gergasi Merah tetapi persediaan untuk merealisasikan hasrat berkenaan telah dijalankan sebaik mungkin.

Ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan itu dalam saingan Liga Super dan Yusri berkata pasukannya perlu memperbaiki segala kelemahan yang ada sebelum pertemuan berkenaan.

"Bagi saya setiap perlawanan kami mahu menang, lebih-lebih lagi selepas kami seri dalam dua perlawanan lalu dan hampir menang," kata Yusri.

"Kami akan bertemu Selangor, yang merupakan pesaing untuk merebut tiga tempat teratas, tetapi kami bukan hanya sekadar mahu mencuba, kami mahukan kemenangan pertama.

"Kami harus melakukan banyak kerja rumah, terutama daripada segi bertahan dan pasukan ini masih belum seimbang.

"Jadi, perkara-perkara itu perlu dikenal pasti segera dan kami perlu memperkemaskan kembali corak permainan dan tahap bertahan dengan sempurna."
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video