Liga Super: Ikhwan hampir pasti terlepas aksi musim 2023

Ammar Hakim
Mac 23, 2023 18:32 MYT
'Saya kecewa namun redha', itu luahan tonggak tengah Kelantan FC, Ikhwan Yazek yang hampir pasti terpaksa melupakan baki saingan Liga Malaysia musim ini susulan kecederaan lutut yang dialaminya ketika aksi berdepan KL City Jumaat lalu.
Menerusi perkongsian bersama wartawan Fadhirul Shuhaimi, pemain yang mesra disapa Awe itu tetap percaya dia mampu bangkit dapatkan semula prestasinya selepas pulih daripada kecederaan.
"Saya mengalami kecederaan ligamen lutut MCL dan ia turut menjejaskan tisu meniskus," kata Ikhwan.
"Ia merupakan kecederaan yang serius dan tidak dapat untuk meneruskan permainan. Saya cuba untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama namun rezeki tidak memihak saya untuk beraksi dengan tempoh yang lebih panjang.
"Kemungkinan saya perlu berehat sehingga Disember bergantung dengan proses pembedahan yang bakal dijalankan."
#liga super #Kelantan FC #Ikhwan Yazek
;