Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Ifedayo senjata baru KDA FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ifedayo-olusegun.jpg
Pemenang Kasut Emas dua tahun berturut-turut Liga Super 2020 dan 2021, Ifedayo Olusegun Patrick Omosouyi, diumumkan sebagai penyerang baru Kedah Darul Aman (KDA) FC hari ini.

Sang Kenari dalam satu kenyataan berkata pemain berusia 32 tahun dari Nigeria ini bersetuju untuk mengikat kontrak bersama kelab itu bagi baki musim 2023.

Menurutnya, kelibat Ifedayo tidak asing di Liga Malaysia, di mana dia mempunyai pengalaman bersama Felda United, Melaka dan Selangor.

"Pengalaman ini antara faktor pilihan pengurusan bagi memudahkan beliau untuk segera mencari keserasian dengan rakan sepasukan di kem Sang Kenari selepas tempoh pendaftaran pemain baru dibuka semula bermula 5 Julai ini," kata kenyataan itu.

Jelas KDA FC, Ifedayo mempunyai reputasi sebagai pemenang Kasut Emas dua tahun berturut-turut sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim 2020 dan 2021.

"Beliau telah menjaringkan 38 gol dengan 12 gol musim 2020 dan 26 gol musim 2021 sehinggakan di gelar 'King Dayo' ketika bersama Selangor FC.

"Ini bukanlah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke bumi Hijau Kuning dan pernah menjadi duri dalam daging menghampakan ribuan penyokong hijau kuning dengan ketajaman tandukan serta rembatannya.

"Kali ini beliau memakai jersi Jijau Kuning untuk memburu kejayaan baru buat pasukan Sang Kenari," tambah kenyataan itu.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video