Liga Super: Hazwan, Ramadhan taruhan Kuching City harungi baki saingan liga


September 19, 2024 08:17 MYT

Pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak percaya kehadiran Hazwan Bakri dan Ramadhan Saifullah dapat menjadi nilai tambah kepada The Cats dalam mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Malah Aidil Sharin yakin pengalaman Hazwan (pemain penyerang) dan Ramadhan (pemain tengah) yang dipinjamkan dari pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membantu mematangkan lagi corak permainan pemain Kuching City.

“Kuching City, sama seperti pasukan lain saingan Liga Malaysia akan berusaha memantapkan pasukan dengan kehadiran beberapa pemain baharu bagi meningkatkan daya saingan pasukan.

RAMADHAN SAIFULLAH is KUCHING CITY! pic.twitter.com/py2GnzV2U6

— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) September 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Saya percaya pengalaman Hazwan dan Ramadhan dimiliki ketika bersama JDT akan meningkatkan lagi daya saing pasukan.

"Cuma kami menjangkakan Hazwan hanya akan bersedia beraksi pada Oktober kerana dia memerlukan sedikit masa untuk kembali ke tahap terbaiknya selepas tidak beraksi perlawanan kompetitif hampir setahun.

“Kami di Kuching City juga amat berterima kasih kepada pemilik kelab bola sepak JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana sentiasa membantu kelab ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

We’ll come back stronger and better. Keep your heads up and eyes on the future. Come on Kuching! pic.twitter.com/ahTtvPHOBJ

— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) September 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kuching City yang berada di kedudukan kelima selepas mengharungi 10 perlawanan dengan menang tiga, seri lima, tewas dua dijadualkan berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri (27 September) sebelum melayan kunjungan Negeri Sembilan FC di Stadium Negeri (18 Oktober). - Sinar

#Hazwan Bakri #Aidil Sharin Sahak #Ramadhan Saifullah #Kuching City