Liga Super: Hatrik Bergson bantu JDT jinakkan Kedah Darul Aman
Saufi Tahir
Ogos 9, 2024 22:15 MYT
Ogos 9, 2024 22:15 MYT
Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar kemenangan besar menewaskan Kedah Darul Aman 6-0 dalam saingan minggu kelapan Liga Super 2024/2025 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Dua jaringan Bergson da Silva meletakkan JDT mendahului KDA dalam separuh masa pertama 2-0 untuk memaksa pasukan pelawat berkerja lebih keras untuk memberikan saingan dalam baki 45 minit seterusnya.
Dalam separuh masa kedua pula menyaksikan Bergson sekali lagi melengkapkan jaringan hatriknya pada minit ke-64 untuk mendahului Sang Kenari dengan jurang yang lebih selesa 3-0.
HAT-TRICK! ???#JDTvKDA#LigaSuper#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/6vkYNHVeOw
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, pemain pertahanan, Feroz Baharudin, Murilo dan Afiq Fazail menempah nama dalam senarai penjaring sekali gus menambah duka buat Kedah Darul Aman.
Skuad Harimau Selatan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu Liga Super 2024/2025 dengan 22 mata dimana sembilan mata berbeza dengan pencabar terdekat, Selangor.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS8#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/hxV5kZHcFe
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.