Pertahanan Sabah, Haris Stambuolidis, disahkan mengalami patah tulang rahang dalam insiden pertembungan dengan rakan sepasukan, Saddil Ramdani, ketika dalam sesi latihan, semalam.
Keadaan itu meletakkan Stambuolidis dalam situasi sukar dan dijangkakan terpaksa melupakan saingan Liga Super musim ini bagi mengutamakan proses pemulihan yang panjang.
Perkara itu disahkan ketua jurulatih Sabah, Martin Stano, yang menyifatkan kehilangan itu sesuatu yang tidak di duga, malah tidak menyalahkan mana mana pemain ketika insiden itu berlaku.
"Haris terpaksa dikejarkan ke Hospital semasa sesi latihan semalam selepas pelanggaran dengan pemain lain, malangnya dia mengalami kecederaan patah rahang.
"Dia tidak akan bersedia untuk sepanjang baki saingan liga musim ini." katanya.
Menjelang aksi Liga Super 2024/25 bertemu Selangor Stano akur dengan kekurangan barisan pertahanannya tanpa kelibat Stambuolidis dan Gabriel Peres yang baru sahaja selesai pembedahan lutut.
Malah, Gary Stevan Robat sudah mulakan latihan bersama pasukan namun masih memerlukan masa untuk diturunkan dalam aksi di Petaling Jaya nanti.
"Kecederaan adalah sebahagian daripada bola sepak, selain Gabriel, Haris juga dalam senarai pemain cedera juga. Gary sudah berlatih dengan skuad utama, Irfan Fazail juga." tambahnya.

Pertahanan Sabah FC, Haris Stamboulidis patah tulang rahang ekoran perlanggaran dengan Saddil Ramdani ketika sesi latihan pada Isnin.
— FinaNasrom (@fnasrom) February 25, 2025
Keadaan itu memaksa Stamboulidis melupakan sepenuhnya saingan liga yang masih berbaki musim ini. pic.twitter.com/2BKIzntHcI