LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Haqimi Azim intai peluang jika dipancing kelab besar
Penyerang muda Kuala Lumpur City, Haqimi Azim Rosli, tidak menolak kemungkinan akan menyertai pasukan lain untuk terus melebarkan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.
Pemain Harimau Malaya itu tidak mahu melepaskan peluang sekiranya diberi tawaran demi memperkasa dirinya, sekali gus bersaing bersama pemain handalan Liga Super Malaysia.
Haqimi dilihat seperti aset berharga skuad kendalian Miroslav Kuljanac oleh kerana keupayaan fizikal dan kelincahannya, namun sudah pasti ada beberapa kelab berhasrat menandatangani pemain berusia 22 tahun ini.
Iklan
Ketika ditanya oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dalam segmen Pemain Eksklusif, pemain kebangsaan itu menganggap ia adalah satu pencapaian terbaik untuk mengasah kebolehan dirinya.
“Jika perkara itu benar, ia adalah kejayaan bagi saya.
“Daripada saya kecil dahulu saya sangat meminat bola sepak. Saya berterima kasih kerana mengakui bakat saya.
“Kalau ada peluang, saya akan ambil dan buat yang terbaik untuk masa depan saya.
“Saya berterima kasih kepada jurulatih yang menurunkan ilmu kepada saya sehingga menjadi pemain bola sepak profesional.
“Saya harap saya terus berkembang dan menginginkan yang terbaik dalam karier saya.
Tonton segmen itu secara penuh di Youtube Astro Arena.
Must-Watch Video