Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Hadi Fayyadh tekad balas kepercayaan Perak FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hadi-fayyadh-perak.jpg
Penyerang baru Perak FC, Hadi Fayyadh Abdul Razak, mahu memberi impak apabila kembali ke kancah Liga Malaysia (Liga-M) selepas empat tahun berkelana di Jepun.

Perak merupakan kelab keduanya selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) dan misinya kembali ke Malaysia adalah untuk meraih pencapaian yang lebih baik selepas mendapat pengalaman luas ketika di negara Matahari Terbit itu sejak 2019.

Namun, pemain berusia 23 tahun itu sedar perjalanan barunya tidak akan mudah dan sudah pasti akan mengambil masa untuk berada di tahap yang diinginkan selain percaya dia kini di landasan tepat bersama Perak.

“Saya percaya rezeki ada di mana-mana dan saya nampak kesungguhan Perak yang inginkan khidmat saya selain apa yang turut memberikan harapan kepada saya adalah jurulatih Lim Teong Kim membuatkan saya rasa dihargai.

“Peluang tidak akan datang selalu dan sekarang inilah peluang untuk saya kembali ke Malaysia dan bermain dengan Perak, cuma memang akan ambil masa juga sebab saya dah lama di Jepun tetapi saya percaya dengan barisan kejurulatihan di Perak, ia dapat bantu saya melakukan lebih baik musim ini.

“Sudah tentu sasaran saya adalah untuk menjaringkan gol dan ingin menjadi penyerang terbaik tetapi macam saya cakap, semuanya perlukan masa untuk menyesuaikan diri dan saya juga kena menunjukkan contoh yang baik kepada pasukan serta rakan-rakan lain,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini.

Bercakap mengenai prestasinya ketika bersama Fagiano Okayama dan Azul Claro Numazu, Hadi Fayyadh menyifatkan dia telah berusaha sebaik mungkin untuk belajar sesuatu di sana meskipun kurang minit permainan dan itu tidak menghalang dirinya untuk terus bekerja keras mengejar impian lebih besar selepas ini.

“Bagi saya, orang tidak tahu apa yang saya lalui di sana (Jepun) dan apa yang mereka nampak hanya 1 peratus sahaja.

“Untuk berada di sebuah negara orang tidak mudah tetapi saya tahu saya telah melakukan yang terbaik selepas empat tahun dan saya percaya rezeki ada di mana-mana.

“Sebab itu saya harap tahun ini akan menjadi yang terbaik untuk saya membuktikan sesuatu tetapi sudah tentu ia akan mengambil masa, namun saya percaya dengan suasana dan bimbingan di sini, saya boleh melakukannya,” tambahnya.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video