PETALING JAYA CITY 1 MELAKA UNITED 0
S. Kumaahran menjaringkan gol tunggal dalam babak pertama untuk memastikan Petaling Jaya City FC memulakan saingan Liga Super 2022 dengan langkah kanan selepas menewaskan Melaka United 1-0 di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.
Biarpun menjadi satu-satunya pasukan yang menggunakan 100 peratus tenaga tempatan, PJ City ternyata pasukan yang lebih baik berbanding Melaka United, yang diperkuatkan dengan penjaring terbanyak liga musim lalu, Ifedayo Olusegun.
Diletakkan sebagai pemain sasaran, Ifedayo sebaliknya buntu untuk menewaskan penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz, di mana tandukannya pada minit ke-29 sekadar melewati palang gol.
Peluang gol buat PJ City kian memutik pada lima minit terakhir sebelum waktu rehat, di mana percubaan Mahali Jasuli, yang menerima lintangan Kumaahran, melambung tinggi.
Kumaahran kemudian bergandingan dengan Darren Lok untuk merencanakan serangan balas pantas buat PJ City sebelum menyudahkannya dengan sepakan separa voli gemilang yang menewaskan Norazlan Razali pada minit ke-43.
PJ City kekal menjadi pasukan yang lebih mendominasi dalam babak kedua, di mana tiada sebarang ancaman berbahaya dilakukan Melaka United untuk memburu jaringan penyamaan.
Seterusnya, pasukan bimbingan P. Maniam itu akan bertandang ke laman Sabah FC pada Rabu ini manakala Melaka United pula terlebih dahulu akan ke Pulau Pinang bagi pertemuan dengan Penang FC, Selasa ini.