Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Gol tunggal Jairo pacu JDT benam Kuching City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jay.jpg
Johor Darul Ta''zim 1-0 Kuching City

Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa pulang tiga mata berharga daripada Stadium Negeri selepas melakar kemenangan tipis 1-0 menewaskan Kuching City, sebentar tadi.

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan buat kedua-dua pasukan, meskipun JDT giat mengasak dengan beberapa siri serangan berbahaya ke kubu Kuching City.

Namun, pertahanan Kuching yang diketuai penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli kemas bertahan untuk menafikan gerakan itu menjadikan kedudukan 0-0 kekal dalam babak pertama.






Pemain tuan rumah dilayangkan kad merah dalam separuh masa kedua selepas Yuki Tanigawa mengasari Joao Figueiredo .

Keadaan itu dimanfaatkan JDT sebaiknya apabila jaringan pertama hadir menerusi Jairo pada minit ke-61.

Keputusan itu kekal hingga wisel penamat untuk pasukan pelawat membawa pulang tiga mata penuh menewaskan skuad kendalian Aidil Sharin di laman sendiri.


KEPUTUSAN LAIN:

Kuala Lumpur City 2-1 Penang
Football

Aksi Padu, Semangat Liga Super

Macam sokongan hangat Liga Super Malaysia — naikkan pengalaman gaming anda, penuh semangat dan gaya juara!


Beli Gear Juara Liga Super!

Advertisement

Must Watch Video