Jaringan tunggal Dominic Tan membawa Sabah untuk menduduki tangga ketiga saingan Liga Super 2024/25 untuk menewaskan PDRM 1-0 di Stadium Likas, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan mengatur serangan dalam babak pertama dengan Sabah kerap kali menguji ketangkasan Ifwat Akmal, begitupun jaringan tuan rumah hadir menerusi Dominic Tan tiga minit sebelum babak pertama berakhir.
Hantaran bola daripada sepakan penjuru mudah ditanduk Dominic Tan untuk memastikan Sabah mendahului sebelum masuk ke bilik persalinan yang turut dicemari dengan insiden pergaduhan kecil selepas jaringan terhasil.
Babak kedua berlangsung sengit apabila Jafri Chew dijatuhkan Kyaw Min Oo dalam kotak penalti, namun pengadil menafikan sepakan itu diambil selepas menyemak Video Bantuan Pengadil (VAR).
Keputusan 1-0 itu kekal hingga wisel penamat untuk kemenangan pasukan tuan rumah menewaskan skuad kendalian Victor Andrag dengan jaringan tipis.
Dengan dua perlawanan masih berbaki, Sabah kini menduduki tangga ketiga dalam kempen liga dengan mengumpul 39 mata daripada 22 perlawanan, manakala PDRM ditangga kelapan dengan 24 mata.
(Kemaskini) Keputusan Lain LS24:
Sri Pahang 6 Kedah Darul Aman (KDA) 0