Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga Super: Giliran Paulo Josue, Declan Lambert diberi pelepasan, perkuat KL City sebelum Piala AMEC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-city.jpg
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City menghembus nafas lega apabila kepulangan sementara Paulo Josue dan Declan Lambert memperkuat pasukan selepas mendapat pelepasan daripada skuad Harimau Malaya.

Begitupun, The City Boys terpaksa melupakan khidmat pemain berpengalaman, Kenny Palraj dan Adrijan Rudovic, menjelang pertemuan menentang Negeri Sembilan dalam perlawanan minggu ke-17 Liga Super Malaysia, esok.

"Kami mempunyai persiapan singkat kerana tidak mempunyai masa yang banyak untuk berlatih.

"Kami kehilangan dua tonggak penting. Kenny disahkan mengalami kecederaan, manakala Rudovic pula digantung ekoran penggantungan dua kad kuning.

 
"Meskipun bukan keputusan yang baik, tetapi Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan yang ketara dan semakin memberi kesukaran kepada kami.

"Kami akan buat yang terbaik esok," katanya di Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video