Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel, mula berasa tertekan dalam pemburuan kemenangan pertama buat pasukan itu dalam saingan Liga Super musim ini.
Selepas menjadi mangsa keputusan kontroversi pengadil dalam dua perlawanan terdahulu, Gamel mengakui pasukannya kini perlu menyalahkan diri sendiri selepas tewas 1-2 kepada Melaka United di Stadium Darul Makmur malam tadi biarpun mendahului pada awal permainan.
Tok Gajah berada di depan seawal minit keempat hasil jaringan penalti Mohmoud Za'tara tetapi Melaka United bangkit menghasilkan dua gol dalam babak kedua menerusi rembatan jarak jauh Emmanuel Oti dan Hasbullah Abu Bakar.
"Kesilapan terbesar yang boleh saya katakan adalah ketika kami memperlahankan permainan apabila mempunyai peluang untuk menamatkan perlawanan lebih awal," kata Gamel dalam sidang media seperti yang dipetik Astro Arena.
"Kami mempunyai peluang tetapi kali ini ia tidak mencukupi.
"Adakalanya, apabila anda sedang mendahului, anda perlu tahu bagaimana untuk menderita dan bergelut bagi mempertahankan keputusan itu.
"Jadi, pasukan saya tidak berada di tahap itu, itu sahaja," katanya.