Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Forestieri, Bergson pastikan kemenangan JDT ke atas KUFC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

397295071_354788810276442_2270347140065657066_n.jpg
Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim, merakamkan kemenangan ke atas Kelantan United dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu sebentar tadi.

Pelawat terlebih dahulu hampir mendapatkan jaringan di awal perlawanan menerusi Muhammad Syahmi Safari namun sekadar melepasi tiang gol KUFC.

Diogo Luis Santo dua minit kemudian gagal turut terlepas peluang untuk membuka jaringan apabila umpanan Nazmi Faiz Mansor tidak dimanfaatkan dengan baik.

Percubaan jarak jauh Fernando Martin Forestieri turut melepas tiang gol skuad kijang hijau pada minit ke-25 menyaksikan harimau selatan terus kempunan jaringan.

Selepas perlawanan memasuki separuh masa kedua, gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba buat JDT menerusi rembatan Forestieri pada minit ke-74.

Berbaki seminit, pemain gantian, Bergson Da Silva mengesahkan kemenangan JDT dengan rembatan kencang untuk gol kedua pelawat.

keputusan lain: 

PERAK 8 KELANTAN FC 0

KUCHING CITY 0 PENANG FC 0

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video