Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mereka telah menerima beberapa permohonan daripada kelab untuk melanjutkan tarikh akhir bagi memuatnaik dokumen Pelesenan Kelab yang mana akan berakhir pada 30 April 2025.
Tambah kenyataan itu, Jawatankuasa First Instance Body (FIB) bersetuju untuk memberikan lanjutan masa bagi kelab melengkapkan semua dokumen untuk Pelesenan Kelab Kitaran 2024-25 bagi Lesen Kebangsaan di dalam sistem pelesenan AFC CLAS.
"Pihak FIB bersetuju untuk menetapkan 10 Mei 2025 sebagai tarikh akhir bagi kesemua kelab Liga Super melengkapkan dokumentasi pelesenan yang masih belum lengkap.
"Pihak FIB berharap dengan lanjutan masa diberikan ini dapat menyelesaikan segala dokumentasi yang berkenaan pada tarikh yang telah ditetapkan," kata kenyataan itu.