Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga Super: Fandi Ahmad optimis Kpah Sherman mampu bantu Sri Pahang lakar kejutan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fandi-ahmad.jpg
Kehadiran semula kelibat penyerang import Sri Pahang, Kpah Sherman, meletakkan ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, dalam keadaan lega untuk meneruskan saingan Liga Super 2024/2025.

Berikutan badi gagal mencetak jaringan membabitkan skuad Tok Gajah terus menghantui pasukan itu termasuk ketika aksi terakhir bertemu Selangor dengan menyaksikan peluang terbaik Sri Pahang berlalu dengan sia sia.

Kpah Sherman bakal beraksi pada Jumaat dengan menggalas hasrat besar pasukan cari tiga mata penuh di Stadium Temerloh.

Fandi turut mendedahkan bahawa persediaan dalam latihan bertemu Sabah banyak menekankan aspek jaringan khususnya keperluan utama dalam jentera serangan merangka ruang mencari jaringan hari ini.

"Apabila ketiadaan Kpah kita menggunakan strategi lain seperti gunakan kelebihan pada Manu, tetapi selepas kembalinya Kpah kita akan kembali menyerang.

 

"Kita akan gunakan pemain tengah juga untuk membantu menyerang. Saya harap kita ada peluang yang pasti kita akan menjaringkan gol.

"Kombinasi kali ini ada perubahan dari aspek pemain tengah, dan dalam sesi latihan juga positif. Kita tahu momentum kita semakin meningkat sejak berdepan KL City dan Selangor. Kita harap dapat lakukan kejutan. " Katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video