LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Fandi Ahmad mahu motivasi ke final jadi 'tonik tambahan' buat Tok Gajah gempur Selangor
Kem Sri Pahang pula menyaksikan motivasi layak ke final Piala Malaysia 2024/25 akan dibawa dalam aksi pertemuan berdepan Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, esok.
Ketua jurulatih skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad, menyarankan agar anak buahnya tidak terlalu leka dengan kegembiraan itu selain bakal melakukan beberapa perubahan dalam barisan pemainya.
Malah, ini juga menjadi masa terbaik buat Sri Pahang mencatat keputusan positif sekali gus memperbaiki kedudukan Sri Pahang dalam saingan Liga Super 2024/25 selepas hanya mencatat tiga kemenangan, enam kalah dan tujuh seri buat masa ini.
Iklan
Setakat ini semua pemain Sri Pahang ketika ini berada dalam keadaan terbaik dan sudah melalui tempoh rehat yang mencukupi menjelang pertarungan esok.
"Mudah-mudahan perkara itu akan berlaku memandangkan prestasi kami dalam saingan liga kurang baik, mungkin dengan kemenangan sebelum ini dan mara ke final akan semarakkan semangat pemain untuk berjuang terutamanya berdepan Selangor." katanya.
Must-Watch Video