LIGA SUPER MSIA
Liga Super: FAM hantar surat tunjuk sebab kepada kapten Kedah selepas pertikai keputusan pengadil
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, mengesahkan pihaknya telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Kapten Kedah Darul Aman, Sony Norde, susulan kenyataannya terhadap mutu pengadilan dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman pada jumaat lalu.
Norde selepas perlawanan itu menyifatkan kualiti pengadil, Nazmi Nasaruddin, sebagai memalukan dan mendakwa beberapa keputusan pengadil itu mengelirukan dan menjadi punca Kedah tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).
Noor Azman, dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, berkata: "Kami telah menghantar surat pertuduhan kepada Sony Norde pada 22 Julai lalu dan dia memiliki tempoh sehingga 29 Julai untuk memberikan maklum balas kepada FAM."
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman sahkan pihaknya telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Kapten Kedah DA, Sony Norde susulan kenyataannya terhadap mutu pengadilan ketika aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, 19 Julai lalu.@ASTROARENA pic.twitter.com/nGC4SmaH8T— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) July 24, 2024
Must-Watch Video