Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Faisal Halim sudah kembali! Ledak hatrik di Stadium MBPJ!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal-halim.jpg
Penyerang Selangor, Faisal Halim, kembali menemui sentuhan jaringan apabila membantu Selangor melakar kemenangan ke atas Kelantan Darul Naim dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ, sebentar tadi.

Stadium MBPJ menjadi laman pengganti buat KDN apabila tiada aksi yang dilangsungkan di Kota Bharu sempena bulan Ramadan. 

Bertemu Selangor, yang memburu tiga mata bagi memastikan kedua menjadi milik mereka sekaligus layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Selepas hampir 450 hari, Faisal Halim kembali menggegar kubu lawan sekaligus melakar nama selaku penjaring di Liga Super bersama Selangor.

Tidak lama kemudian, giliran Quentin Cheng pula untuk menghukum benteng pertahanan Sang Kijang Emas dengan percubaan yang berjaya memperdaya lawan.

Namun Selangor belum puas dengan mendahului, dan beberapa saat ke wisel penamat babak pertama, Faisal tampil menyerlah sekali lagi untuk melengkapkan gol kedua peribadi.

Bersambung dalam babak kedua, skuad kendalian Katsuhito Kinoshi terus tampil garang, mendapatkan dua lagi jaringan menerusi Harith Haiqal  Adam Afkar.

Selepas lama tidak menjaringkan gol, Faisal Halim memastikan dia menamatkan perlawanan dengan hatrik apabila melengkapkan jaringan ketiganya.

 

Selangor menutup kemenangan dengan gol ketujuh yang dilengkapkan oleh Izwan Yuslan.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video