'Tiada istilah pandang rendah', Esteban Solari menegaskan beberapa pemain utama Johor Darul Ta'zim (JDT) perlu diberi rehat bagi mengelak isu kelesuan, ketika ditanya mengenai barisan yang diturunkan untuk berdepan Kelantan United semalam.
Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu terpaksa bermandi peluh sebelum menumpaskan skuad Kijang Hijau 2-0 untuk kemenangan ke-22 liga musim ini.
JDT perlu menunggu sehingga minit ke-74 sebelum berjaya membolosi gawang di di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu sebelum Bergson melengkapkan kemenangan di penghujung permainan.
"Beberapa pemain tidak berehat sejak tamat saingan perlawanan antarabangsa sebelum ini. Kami membuat pertukaran dalam kesebelasan utama bagi memastikan mereka dapat rehat mengelak daripada sebarang kecederaaan," kata Esteban menerusi Nadi Weekend.
Jurulatih Kelantan United, Ailton Silva, pula berkata, "Pemain telah menjalani latihan setiap hari, mereka cukup profesional di sebalik terdapat masalah di luar padang."
Selepas ini JDT bakal menumpukan perhatian terhadap timbal balik separuh akhir Piala Malaysia di mana mereka akan menerima kunjungan Perak pada 2 November.
Manakala anak buah Ailton Silva akan berdepan Kuching City dalam timbal balik separuh akhir MFL Challenge Cup pula pada 4 November di mana kedua-dua pasukan kini terikat 1-1 secara aggregat.