Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Eddy Gapil simpan hasrat miliki lesen kejurulatihan Pro A

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

edyy.jpg
Penolong ketua jurulatih PDRM, Eddy Gapil, mengakui dia menyimpan hasrat untuk memiliki lesen kejurulatihan Pro-A (Pro-Diploma AFC) dalam masa terdekat.

Syarat yang mewajibkan buat ketua jurulatih di Liga Malaysia terutamanya bagi saingan Liga Super memiliki lesen tersebut membuatkan pengendali berusia 42 tahun itu teruja untuk merealisasikan hasrat itu.

Dia beranggapan perkara itu umpama satu penghormatan baginya yang juga anggota PDRM berpangkat koperal, seandainya dapat mengendalikan The Cops dalam saingan bola sepak tempatan.

Untuk rekod, nama Eddy Gapil bukan lagi  nama asing dalam kancah liga bola sepak domestik selepas memikul tugas selaku penolong ketua jurulatih Sang Saka Biru sejak musim 2019.

Antara pencapaian terbaik dia adalah ketika bersama PDRM ialah membawa pasukan itu mara ke pentas akhir MFL Challenge Cup untuk duia kali berturut-turut, selain muncul juara pada edisi 2023.

"Ini adalah impian semua jurulatih, pada saya rancangan untuk kehadapan itu ada dan semoga semuanya dipermudahkan buat saya dan pasukan PDRM untuk masa akan dating.

"Pada saya satu penghormatan besar kerada di PDRM yang amat memerlukan kelayakan ini, jika ada peluang kenapa tidak dan saya akan berikan yang terbaik buat PDRM." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video