Liga Super: Dua gol Paulo Josue pastikan KL City bangkit atasi KDN di Cheras

Saufi Tahir
Oktober 18, 2024 23:15 MYT
Dua jaringan Paulo Jouse memacu kebangkitan Kuala Lumpur (KL) City untuk menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) 3-1 dalam saingan minggu ke-13 Liga Super 2024/2025 di Stadium Cheras, sebentar tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dengan kekemasan benteng pertahanan KDN menyukarkan KL City untuk mendapatkan jaringan awal.
Jovan Motika berpeluang untuk menambah koleksi jaringannya buat skuad Warga Kota, namun rambatannya daripada luar kotak penalti pada minit ke-17 berjaya dinafikan oleh Fikri Che Soh.

Halfway through, but the best is yet to come!#klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/pZsEBFc4K3

— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) October 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, anak buah Park Jae-Hong berjaya menghukum KL City terlebih dahulu selepas tandukan Washington Brandao menerjah gawang hasil hantaran Hakimi Abdullah untuk menewaskan Hafizul Hakim pada minit ke-56 dan mendahului 1-0.
Begitupun, Nicholas Steward memecah kebuntuan buat KL City pada minit ke-64 apabila menolak masuk bola ke dalam gawang selepas Fikri Che Soh gagal menampan bola dengan kemas hasil sepakan sudut yang diambil Paulo Jouse.

KEPUTUSAN MASA PENUH – LS13#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/FG2vqVAxHm

— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika waktu perlawanan berbaki 15 minit terakhir, Paulo Jouse menambah koleksi jaringannya bersama KL City pada minit ke-80 untuk meletakkan KL City mendahului 2-1.
Dalam minit kecederaan pula, Paulo Jouse sekali lagi memastikan kebangkitan Kuala Lumpur apabila mudah mengatasi benteng pertahanan KDN selepas menolak masuk bola hasil hantaran lintang Jovan Motika untuk melakar kemenangan 3-1 di laman keramat mereka sendiri.

Let's go CityBoys! ?#klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/NOL1XV2heU

— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) October 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#sepak #City #KL #Kelantan Darul Naim #Liga Super 2024/2025 #KDN #'bola #Paulo Jouse
;