Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga Super: Cheng Hoe lega Selangor dapat atasi corak bertahan Kelantan United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yazan-al-arab-selangor-fc-vs-kelantan-united.jpg
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, lega apabila pasukannya berhasil meraih tiga mata pertama biarpun terpaksa menghadapi corak bertahan Kelantan United dalam perlawanan Liga Super di Stadium Petaling Jaya semalam.

Selangor jelas menguasai hampir keseluruhan permainan tetapi hanya dapat menjaringkan satu gol menerusi tandukan Yazan Al-Arab hasil sepakan penjuru Faisal Halim pada minit ke-40.

Biarpun merencanakan pelbagai gerakan serangan, pasukan Gergasi Merah itu gagal menambah jaringan berikutan corak bertahan penuh berdisiplin Kelantan United.

"Memang kami sudah menjangka akan melalui perlawanan yang sukar malam ini kerana kami sudah menganalisis pasukan Kelantan United," katanya selepas perlawanan itu.

"Berdasarkan corak permainan, mereka memang datang untuk bertahan dan untuk melakukan serangan balas mengejut.

"Kalau dilihat, ia memang satu permulaann yang baik tetapi ia bukan sumbangan saya seorang, jadi saya mahu berterima kasih kepada barisan kejurulatihan dan pihak pengurusan yang banyak membantu saya.

"Pada masa sama, kami perlu fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan," katanya.

Selangor seterusnya akan bertandang ke laman Kuching City FC pada Khamis ini manakala Kelantan United pula akan ke Kota Kinabalu bagi membuat perhitungan dengan Sabah FC sehari sebelumnya.
 

Advertisement

Must Watch Video