'Saya dapat hidu sesuatu istimewa', demikian laungan amaran perancang utama PDRM, Bruno Suzuki, yang sedia untuk menggempur gawang kendalian, Haziq Nadzli, dalam aksi kedua Liga Super, pada Sabtu.

Ia pasti perlawanan yang dinantikan kedua-dua pasukan yang mencari kemenangan selepas tewas dalam aski pembukaan masing-masing.

Menyedari skuad Sang Saka Biru dahagakan kemenangan selepas langkah kiri musim ini -- Bruno mengetahui cara terbaik untuk menjelmakan sisi pemusnah, Ifedayo Olusegun.

Tiada niat untuk pandang rendah kemampuan skuad kendalian Yusri Che Lah sebaliknya Bruno menjadikan pertemuan itu sebagai medan kebangkitan demi menghadiahkan kemenangan pertama yang ditujukan khas buat P. Maniam.

"Saya dapat berasakan kami mampu menghasilkan banyak jaringan apabila bergandingan bersama Ifedayo," kata Bruno.

"Saya dapat menghidu gol akan banyak terhasil musim ini.

"Kualitinya sebagai penyerang sesuatu yang sangat penting kepada pasukan musim ini."