Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Aziz, melihat lompong anak buahnya pada perlawanan Ahad lalu berpunca daripada kesilapan sendiri yang secara jelas gagal untuk bersaing mencari peluang untuk melakar kemenangan pertama.
Negeri Sembilan bermain dengan baik dalam separuh masa pertama untuk menyekat kemaraan Selangor daripada menjaringkan sebarang gol sebelum terpaksa akur apabila bolos 0-4 kepada Selangor dalam separuh masa kedua.
Sebelum ini, skuad Hoben Jang Hoben itu juga tewas 1-3 ketika berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dalam perlawanan kedua minggu lalu.
"Kita bermain lebih baik daripada aksi di Stadium Sultan Ibrahim. Kita nampak moral pasukan agak baik dengan formasi berbeza.
"Tetapi saya percaya ia lebih kepada kesilapan individu kerana tidak fokus sepenuhnya.
"Ada isu yang kita cuba perbetulkan pada separuh masa kedua tetapi tidak menjadi. Saya berharap kami dapat memberikan yang lebih baik." katanya.