Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Azzmi Aziz optimis skuad Jang di landasan terbaik raih kemenangan sulung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azzmi.jpg
Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Aziz, melihat tekanan tanpa sebarang kemenangan dalam saingan Liga Super 2024/2025 dari sudut yang positif dan berharap keputusan di Temerloh berpihak kepada skuad Jang nanti.

Walaupun kehilangan khidmat Jacque Faye, dia berasakan persiapan pasukannya tetap berjalan lancar dengan beberapa pemain mampu menggantikan tempat pemain itu.

Negeri Sembilan akan berkunjung ke Stadium Temerloh untuk berdepan cabaran Pahang, esok.

"Alhamdulilah, perjalanan persiapan berjalan lancar selepas kami tewas dalam aksi liga ketiga berdepan Kuala Lumpur City di Paroi.

"kami ada beberapa hari untuk rehat jadi kami kembali untuk persiapan. Kami mengadakan perlawanan persahabatan dan ada perubahan positif.

"Saya tidak rasa itu bukan isu besar tanpa Jacque Faye kerana ada pemain lain yang berada di posisi itu yang saya yakin boleh galas tugas itu.

"Semestinya kami rasa tekanan itu (tanpa kemenangan), kami pandang positif dan berada lebih baik untuk cipta kemenagan pertama di Temerloh.

"Apa yang penting adalah bermain dengan lebih baik dan positif dan kami akan mendapatkan keputusan yang baik nanti."katanya kepada Nadi Arena.
 

Advertisement

Must Watch Video