Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Azmi Muslim terkejut kontrak ditamatkan PDRM FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azmi-muslim.jpg
Bekas pertahanan skuad negara, Azmi Muslim, mengakui terkejut dan tidak tahu punca kontraknya secara tiba-tiba ditamatkan pasukan Liga Super, PDRM FC.

Bagaimanapun, bekas ketua pasukan itu berharap majikannya akan mengotakan janji untuk meneruskan pembayaran gajinya sehingga Disember depan.

Ia bukanlah pengakhiran indah buat pertahanan kiri itu, yang masih berharap akan ada pasukan sedia mendapatkan khidmatnya dalam jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bulan depan

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, dia berkata: "Saya tidak tahu di mana silapnya tetapi saya menghormati keputusan kelab dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Saya percaya kelab mempunyai alasan dan perancangan mereka tersendiri, jadi sebagai pemain, saya menerimanya.

"Memang saya agak kecewa dengan apa yang berlaku tetapi saya anggap bukan rezeki saya di PDRM FC.

"Saya telah memberikan yang terbaik buat pasukan dan kelab, saya anggap sampai di sini sahaja rezeki saya bersama PDRM dan saya percaya perancangan Allah lebih baik dan Insya-Allah masih ada rezeki saya bersama pasukan lain di luar sana," katanya.

Ditanya mengenai sebab penamatan kontraknya, Azmi menambah: "Jika ditanya kepada saya, saya tiada jawapannya kerana jawapannya ada di kelab.

"Saya menghormati keputusan kelab dan saya percaya kelab lebih mengetahuinya dan mempunyai alasan dan perancangan mereka.

"Saya memang menerimanya dengan redha dan menganggap tiada rezeki untuk saya terus bersama PDRM.

"Dalam masa sama, kelab dan saya telah bersetuju untuk menamatkan kontrak seperti yang telah terkandung dalam penamatan itu, di mana mereka akan membayar gaji saya sehingga Disember 2023."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video