Penjaga gol Penang FC, Azfar Arif Sukri, tidak menyembunyikan rasa sedih dan kecewa susulan kekalahan 0-3 pasukannya kepada PDRM FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Petaling Jaya semalam.
Katanya, kesilapan mudah yang dilakukan barisan pertahanannya dalam perlawanan itu menjadi penyumbang terbesar kepada kekalahan berkenaan tetapi bertekad untuk menjadikan waktu rehat selepas ini untuk melihat semula segala kelemahan agar dapat melakukan penambahbaikan bagi perlawanan seterusnya.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman, dia berkata: "Saya kecewa kerana kami memang bergelut untuk mencari mata dan sudah beberapa perlawanan kami tidak dapat mata.
"Saya sebagai benteng terakhir, apabila terkena gol-gol mudah seperti itu, saya berasa geram tetapi tidak mengapa, kami akan lebih berusaha lagi.
"Mungkin kali ini bukan rezeki kami tetapi selepas ini, siapa tahu ada rezeki kami.
"Kesilapan akan berlaku tetapi kami sebagai pemain perlu menjadikannya sebagai pengajaran agar dapat menjadi lebih baik," katanya.
Dalam perlawanan itu, PDRM menghasilkan tiga jaringan hasil sumbangan Osmane Fane (m-36), James Olwuosa (m-74) dan pemain gantian, Bruno Suzuki (m-94).