Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Ayron Del Valle pastikan tiga mata buat Selangor FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Selangor FC melakar kemenangan tipis ke atas Sabah FC dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium MBPJ, sebentar tadi.

Mengambil peluang beraksi di laman sendiri dengan misi untuk membalas dendam atas kekalahan 2-1 di Likas, Selangor memperoleh permulaan yang cemerlang.

Jentera serangan yang diketuai Ayron Del Valle berjaya membuka jaringan selepas penyerang itu menyempurnakan umpanan Richmond Boakye pada minit ke-23, sekali gus menyumbang tiga mata penting buat Gergasi Merah.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor kini mengumpul 40 mata, 11 mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Skuad Gergasi Merah itu kini mendahului enam mata dari Kedah Darul Aman (KDA) dan Sri Pahang yang menghuni tangga ketiga dan keempat sementara Sabah di tempat kelima dengan 33 mata.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video