Kemenangan ke atas Kuala Lumpur (KL) Rovers dalam saingan Piala Cabaran 2024/25, Jumaat lalu berjaya meningkatkan motivasi pertahanan Kedah Darul Aman (KDA), Muhammad Ariff Farhan, bersama rakan sepasukannya menjelang pertemuan 'Derbi Utara' berdepan Penang, esok.
Walaupun dilanda beberapa isu getir termasuk kehilangan beberapa pemain utama, pemain yang telah membuat 14 penampilan musim ini bersama Sang Kenari itu lebih memilih untuk menolak tepi masalah yang mampu mengganggu fokusnya itu.
Pemain berusia 28 tahun itu turut berasakan kemenangan berdepan KL Rovers menambah motivasi mereka untuk beraksi dengan lebih baik dalam kempen Liga Super 2024/25.
"Selepas perlawanan menentang KL Rovers, jurulatih telah membuat persediaan berdepan Penang malam esok dengan semua pemain berada dalam keadaan bersedia.
"Kemenangan sebelum ini memberikan motivasi untuk fokus perlawanan seterusnya. Dengan kemenangan itu terubat sedikit masalah sebelum ini.
"Penang ada pemain berkualiti, tetapi untuk aksi esok, kami tidak akan memberikan mereka laluan mudah." katanya.
Saufi Tahir
Tue Dec 17 2024