'Tidak untuk Selangor', itu jawapan Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, apabila ditanya mengenai status penyerang muda, Luqman Hakim Shamsudin, menjelang perlawanan besar menentang Gergasi Merah Ahad ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Ini bermakna, semua peminat skuad Jang terpaksa menunggu lebih lama untuk melihat debut Luqman di Liga Super apabila pemain itu belum lagi diturunkan sejak liga bermula.
Fokus utama adalah untuk memastikan Luqman pulih sepenuhnya daripada kecederaan, ini termasuk bekas pertahanan Selangor, Khuzaimi Piee yang juga dalam proses pemulihan kecederaan.
Tambah Nidzam, paling awal mereka berdua dijangka diturunkan adalah ketika Negeri Sembilan berdepan Kuching City 28 Ogos ini.
"Selangor tidak, tetapi mungkin Luqman akan bermain untuk bertemu Kuching City. Sama juga dengan Khuzaimie," katanya.