Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Allee Putra kembali ke Malaysia pada jendela perpindahan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

allee.jpg
Selepas berkelana lebih kurang tiga tahun di Eropah bersama pasukan bawah 19 tahun Akademi Malaga, Sepanyol, pemain muda negara, Allee Putra Azril, bakal kembali ke pangkuan Malaysia untuk beraksi dalam Liga Super, musim ini.

Allee berkongsi bahawa dia ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan pada jendela perpindahan kedua yang bermula Ogos ini, namun tidak didedahkan.

Sebelum ini, Allee pernah bermain bersama pasukan Kelantan dan melakukan 11 penampilan ketika mewakili skuad Pantai Timur tanah air itu.

Allee juga berbesar hati jika ada pasukan yang ingin menggunakan khidmatnya memenuhi slot skuad bawah 23 tahun, berbanding pasukan utama memandangkan umurnya masih 19 tahun.

(upsot)

Advertisement

Must Watch Video